1MURID 1 SUKAN

MALAYSIA BOLEH

Saturday 10 December 2011

STRATEGI PERMAINAN

Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.




STRATEGI UNTUK HANTARAN TENGAH



Strategi I Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel. WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.

Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula dengan hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting ialah setiap pemain hendaklah cuba mencari ruang yang baik agar pemain pasukan lawan tidak dapat menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemain perlu bergerak dengan lebih pantas.


STRATEGI HANTARAN KE DALAM

Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola. (Dari Kawasan Gol??) Apabila bola dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai penyerang untuk melaksanakan strategi ini. Dengan berpandukan rajah di bawah (mana??), kita dapat lihat bagaimana strategi ini dilaksanakan. Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2 (gerakan ini hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.


STRATEGI PERTAHANAN

Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan dapat dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat digagalkan. Ia juga bertujuan merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada menyerang. Bertahan bererti mengawal pasukan lawan. Pemain yang berpengalaman akan memilih bermacam-macam cara untuk membuat pertahanan yang baik, kerana jika pertahanan lemah atau tidak teratur, pihak lawan dengan mudahnya dapat membolosi barisan pertahanan untuk membuat serangan

No comments:

Post a Comment